Ivory Coast vs Portugal: Ronaldo vs Drogba
June 15, 2010 by admin
MESKIPUN masih dibayangi kecederaan siku, namun kelibat Didier Drogba tetap dinantikan peminat bola sepak seluruh dunia apabila Ivory Coast menentang Portugal dalam aksi pembukaan Kumpulan G, malam ini.
Kehadiran Drogba, 23, yang menjalani pembedahan siku, dua minggu lalu mampu membayangi kelincahan bekas Pemain Terbaik Dunia, Cristiano Ronaldo, yang bakal mengetuai jentera serangan Portugal.
Dua nama besar ini pernah berseteru dalam kancah Liga Perdana England, namun kedua-duanya tidak lagi bertembung selepas Ronaldo berhijrah ke gergasi bola sepak Sepanyol, Real Madrid.
“Adalah amat penting untuk kami mencari kemenangan dalam perlawanan pembukaan kerana kami sedar cabaran yang menanti selepas ini lebih getir,’’ ujar Ronaldo.
Tegas bekas bintang Manchester United itu, dia yakin mampu memberi persembahan maksimum andai diberi kebebasan oleh jurulatih, Carlos Queiroz.
“Saya pasti ia adalah perlawanan yang cantik dengan lebih banyak jaringan dihasilkan, harap jaringan tersebut dihasilkan oleh kami.
“Pasukan ini sudah bersedia, kami telah melakukan persiapan terbaik dan yakin ia akan ditunjukkan dalam aksi pembukaan,’’ ujar Queiroz pula.
Sementara itu, pemain sayap Portugal, Simao Sabrosa mengesahkan dia cukup cergas untuk diturunkan dalam pertemuan menentang Ivory Coast.
Pemain Atletico Madrid itu mencemaskan peminat selepas mempamer aksi kurang cergas dalam beberapa siri perlawanan persahabatan. .
Dengan penyingkiran rakan senegaranya, Nani, yang tercedera di saat akhir sebelum bermula Piala Dunia, Simao dijangka akan mengalas tugas berat untuk mengemudi jentera pasukan.
“Akhirnya saya pulih sepenuhnya.
“Saya telah bersedia seratus peratus untuk beraksi sejak perlawanan akhir Piala Sepanyol lagi,’’ kata Simao.
Menurut Simao, pasukanya telah membentuk kesefahaman yang baik dari segi fizikal dan psikologi.
Simao bagaimanapun dijangka mendapat saingan daripada Danny, yang bermain baik dalam pertemuan menentang Mozambique, minggu lalu.
“Ada 23 pemain dalam pasukan, ia bukan jaminan saya berada dalam kesebelasan utama kerana ada ramai yang boleh beraksi di posisi sayap,’’ ujarnya.
hem.. rasa-rasa nya portugal akan menang dengan jaringan 2-0 … hal ini kerana berdasarkan rentak permainan mereka amat kagum dengan jentera serangan yang mantap… disudahi dengan tendangan yang kencang… saya amat yakin ngn kebolehan portugal.. ivory akan kalah.. tapi biar .. permainan yang malam ni akan menentukan segala - gala nya /…. wa sokong portugal,….