Lippi rimas skuad Itali digelar ‘kuda tua’
June 11, 2010 by admin · Tulis edit
MARCELLO Lippi semakin rimas mendengar pemain Itali yang dibimbingnya kini terlalu tua untuk memenangi Piala Dunia sekali lagi dan dia tidak [Berita penuh...]
Profil Pasukan: Itali
June 1, 2010 by admin · Tulis edit
TAMPIL selaku penyandang juara, Itali pastinya menjadi perhatian pada kempen Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan. Justeru, skuad yang diberi jolokan sebagai Azzurri itu akan menampilkan barisan terkuat dalam usaha mereka bagi mempertahankan kejuaraan yang dimenangi pada Piala Dunia 2006 di Jerman. [Berita penuh...]
Itali bukan pasukan ‘kuda tua’
May 28, 2010 by admin · Tulis edit
PEMAIN pertahanan Itali, Gianluca Zambrotta menafikan dakwaan yang mengatakan skuad The Azzurri dibarisi kelompok pemain-pemain bergelar ‘kuda tua’. [Berita penuh...]
Itali Juara Piala Dunia 2006
May 28, 2010 by admin · Tulis edit
ITALI menewaskan Perancis 5-3 menerusi penentuan penalti pada perlawanan akhir Piala Dunia 2006 selepas perlawanan masa sebenar terikat 1-1 untuk bergelar juara dunia buat kali keempat.
Perancis terlebih dahulu mendahului menerusi jaringan penalti Zinedine Zidane minit ketujuh sebelum Marco Materazzi menyamakan kedudukan buat Itali minit ke-19.
Manakala tuan rumah kejohanan, Jerman meraih tempat ketiga selepas menewaskan Portugal 3-1 hasil jaringan Bastian Schweinsteiger pada minit ke-56 dan 78 serta gol sendiri Armando Petit minit ke-60. Nuno Gomes menjaringkan gol tunggal Portugal pada minit ke-88.
Juara 2002, Brazil tersekat di suku akhir apabila tumpas kepada Perancis 0-1 hasil jaringan tunggal Thiery Henry pada minit ke-57.
Itali turut menggondol anugerah Bola Emas apabila pemain pertahanan yang juga ketua pasukan skuad Azzuri itu, Fabio Cannavaro dipilih sebagai Pemain Terbaik kejohanan.