Bekas bintang Perancis kritik taktikal Domenech
June 10, 2010 by admin
KETIKA baki empat hari sebelum perlawanan pembukaan Piala Dunia peringkat kumpulan menentang Uruquay, pasukan Perancis masih berdepan masalah kepemimpinan dan keyakinan.
Pasukan bimbingan Raymond Domenech dilihat kurang hebat berbanding skuad mantap 2006 diketuai Zinedine Zidane yang berjaya mara ke final.
Bekas kapten, Thierry Henry berada di bangku simpanan dan baru-baru ini Patrice Evra memakai lilitan di tangan.
Tekanan memuncak apabila barisan pemain kali ini dijangka akan menemui kegagalan dan pemain sayap Sidney Govou berkata bahawa Perancis akan hanya meningkat jika bersatu padu.
“Kami kurang daripada aspek itu untuk kami menjadi pasukan yang baik, pasukan lebih baik,” kata Govou semalam.
“Ini tidak akan berlaku jika kami tidak membiarkan pemain menjalankan tugas keseorangan, meletakkan kesalahan kepada orang lain.”
Sesetengah kritikan, seperti yang disuarakan bekas pemain pertahanan Perancis, Marcel Desailly meramalkan pasukan Domenech akan mendapat keputusan buruk.
Desailly beraksi bersama Zidane ketika Perancis menjuarai Piala Dunia pada 1998 dan Juara Eropah dua tahun kemudian.
Sedekad sudah berlalu, dia menjadi pemerhati media yang bersuara lantang. Dalam kolum akhbar Sunday Times Afrika Selatan, dia memperkecilkan kemampuan skuad itu berbanding empat tahun lalu.
Malah Desailly menjangkakan barisan pemain Domenech tidak akan melepasi saingan peringkat kumpulan. Mexico dan pasukan tuan rumah Afrika Selatan juga berada dalam Kumpulan A.
“Pada 2006, tulang belakang pasukan adalah Fabien Barthez, Lilian Thuram, Patrcik Veira, Claude Makelele, Zidane dan Henry - pemain berpengalaman,” jelas Desailly dalam artikelnya.
“Generasi muda sepatutnya lebih bersemangat namun itu tidak berlaku.” Desailly mempersoalkan kebijaksanaan Domenech yang secara tiba-tiba membuat perubahan taktikal dari formasi bertahan 4-2-3-1 kepada corak serangan 4-3-3 dua minggu lalu, dianggap satu tindakan tergopoh-gapah yang boleh mengelirukan pemain.
“Mereka kini di peringkat akhir persiapan dan sepatutnya sudah berada pada tahap terbaik, namun saya kurang senang apabila kami masih tidak mempunyai barisan kesebelasan dan belum pasti mengenai taktik apa yang akan digunakan,” kata Desailly yang bermain sebanyak 116 kali untuk Perancis.
“Pasukan yang akan menjuarai Piala Dunia sepatutnya sudah mengetahui semua perkara ini.
Comments
Feel free to leave a comment...
and oh, if you want a pic to show with your comment, go get a gravatar!