Afrika Selatan berdepan risiko tersingkir awal

June 17, 2010 by  

AFRIKA Selatan yang menjadi penganjur Piala Dunia pertama benua Afrika kini berdepan prospek menjadi negara tuan rumah pertama tersingkir awal di peringkat kumpulan pada saingan Piala Dunia 2010.

Skuad bergelar Bafana Bafana itu memulakan kempen mereka agak baik apabila berjaya mengikat Mexico 1-1 pada aksi pembukaan, namun kini ranjau mereka lebih getir selepas tewas 3-0 kepada Uruguay pada perlawanan kedua awal pagi tadi.

Dalam sejarah penganjuran Piala Dunia, belum pernah negara tuan rumah gagal melepasi peringkat kumpulan termasuk ketika ia diadakan buat pertama kali di benua Asia yang dianjurkan oleh dua buah negara buat pertama kali.

Pada kejohanan Piala Dunia 2002, Jepun berjaya meneruskan kemaraan ke pusingan kedua manakala satu lagi tuan rumah, Korea Selatan berjaya ke peringkar separuh akhir sebelum tewas tipis 0-1 kepada Jerman.

Selepas dua perlawanan, Afrika Selatan hanya mampu memungut satu mata berbanding Uruguay kini sudah mengumpul empat mata.

Afrika Selatan yang dibimbingan jurulatih Brazil, Carlos Alberto Parreira tidak ada pilihan kecuali wajib menewaskan Perancis Selasa depan bagi memastikan peluang mereka untuk terus bersaing dalam kejohanan Piala Dunia 2010 di halaman sendiri.

Comments

Feel free to leave a comment...
and oh, if you want a pic to show with your comment, go get a gravatar!