Perancis 0 Mexico 2

June 18, 2010 by  

PEMAIN gantian, Javier Hernandez dan Cuauhtemoc Blanco masing-masing menjaringkan gol pada babak kedua perlawanan yang menyaksikan Mexico mengejutkan juara Piala Dunia 1998, Perancis untuk menang bergaya 2-0 di Stadium Peter Mokaba, Polokwane, awal pagi tadi. [LIHAT VIDEO]

Hernandez yang menerima hantaran cantik daripada Rafael Marquez bijak memperdaya penjaga gol Perancis, Hugo Lloris sebelum menjaringkan gol pada minit ke-64.

Ketika Perancis berusaha untuk bangkit semula, Blanco yang masuk menggantikan Guillermo Franco berjaya menjadikan kedudukan 2-0 selepas Mexico dihadiahkan sepakan penalti pada minit ke-74.

Mexico kini mengumpul empat mata bersama-sama Uruguay manakala Perancis dan Afrika Selatan masing-masing satu mata tetapi masih berpeluang untuk ke peringkat seterusnya apabila kedua-duanya bertemu pada perlawanan terakhir Kumpulan A, Selasa (22 Jun) nanti.

Perancis masih belum menjaringkan gol setakat ini, situasi sama pada Piala Dunia 2002 mungkin berulang apabila Perancis gagal melepasi peringkat kumpulan tanpa sebarang gol.

Comments

Feel free to leave a comment...
and oh, if you want a pic to show with your comment, go get a gravatar!