Greece 2 Nigeria 1

June 18, 2010 by  

NIGERIA diambang tersingkir dari saingan ke pusingan kedua selepas tewas 2-1 kepada Greece dalam aksi Kumpulan B di Stadium Free State, Bloemfontein sebentar tadi. [LIHAT VIDEO]

Ia adalah kekalahan kedua berturut-turut buat Nigeria selepas tewas 0-1 kepada Argentina dalam perlawanan pertama dan perlukan lebih daripada keajaiban untuk menyelamatkan mereka dari tersingkir awal dari kejohanan yang buat pertama kali berlangsung di Afrika.

Lebih malang buat Nigeria apabila terpaksa bermain dengan 10 orang dalam tempoh sejam perlawanan selepas Sani Kaita dilayang kad merah kerana menendang pemain Greece pada minit ke-33.

Dalam aksi yang berlangsung rancak itu, Nigeria mendahului pada minit ke-16 menerusi gol Kalu Uche tetapi terpaksa beraksi dengan 10 pemain mulai minit ke-33 apabila Sani Kaita dilayangkan kad merah.

Greece mengambil kesempatan daripada kelebihan itu untuk meningkat serangan dan Dimitris Salpingidis menyamakan kedudukan pada minit ke-44.

Vassilis Torosidis menjadi wira Greece apabila menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-71.

Ia adalah kemenangan pertama Greece dalam kejohanan Piala Dunia. Greece perlu menang ke atas Argentina dalam perlawanan terakhir kumpulan dengan jumlah jaringan yang besar sambil berharap Korea Selatan gagal menundukkan Greece untuk layak ke pusingan kedua.

Manakala Nigeria jika mampu menundukkan Korea Selatan perlu berharap Argentina menewaskan Greece dengan jaringan besar untuk mengelak dari tersingkir awal.

Comments

Feel free to leave a comment...
and oh, if you want a pic to show with your comment, go get a gravatar!