Argentina 4 Korea Selatan 1

June 17, 2010 by  

GONZALO Higuain mencipta hatrik pertama pada Kejohanan Piala Dunia 2010 ketika membantu Argentina menewaskan Korea Selatan 4-1 dalam aksi Kumpulan B di Stadium Soccer City, Johannesburg, sebentar tadi. [LIHAT VIDEO]

Jaringan hatrik itu juga adalah yang pertama selepas kejohanan edisi 2002 yang kali terakhir dilakukan Pedro Pauleta ketika membantu Portugal menewaskan Poland 4-0.

Argentina mendahului menerusi gol sendiri Park Chu-young pada minit ke-17 sebelum Gonzalo Higuain menambah gol kedua pada minit ke-33 sebelum melengkapkan hatrik menerusi dua jaringan pada babak kedua.

Lee Chung-yong menyumbat gol tunggal Korea Selatan menerusi gol pada masa kecederaan separuh masa pertama.

Kemenangan malam ini bermakna Argentina muncul pasukan pertama melangkah ke pusingan kedua Piala Dunia 2010 selepas memungut enam mata untuk mengungguli saingan Kumpulan B.

Comments

Feel free to leave a comment...
and oh, if you want a pic to show with your comment, go get a gravatar!