Sepanyol 0-1 Switzerland

June 17, 2010 by  

KEJUTAN terbesar berlaku pada saingan Piala Dunia 2010 Kumpulan H apabila juara Eropah, Sepanyol tumbang 0-1 kepada Switzerland dalam aksi di Stadium Durban, sebentar tadi. [LIHAT VIDEO]

Gelson Fernandes menolak masuk bola yang melantun selepas berlaku kelam kabut di pintu gol Sepanyol pada minit ke-52 untuk memastikan kemenangan penting ke atas salah satu pasukan pencabar untuk merebut kejuaraan Piala Dunia 2010.

Tiga mata berharga buat Switzerland membolehkan skuad bimbingan Ottmar Hetzfield itu berkongsi kedudukan pendahulu dengan Chile yang turut mencatat kemenangan 1-0 dalam perlawanan lebih awal ke atas Honduras.

Ini bermakna semua 32 pasukan yang dibahagikan dalam lapan kumpulan yang bertanding kali ini selesai melangsungkan perlawanan pertama masing-masing.

Beberapa pasukan pilihan seperti Jerman, Brazil, Belanda dan Argentina tidak menghadapi masalah untuk mencatat kemenangan pada aksi pembukaan.

Sebaliknya England, Itali, Perancis dan Portugal mengakhiri perlawanan masing-masing dengan keputusan seri.

Comments

Feel free to leave a comment...
and oh, if you want a pic to show with your comment, go get a gravatar!