DUA gol jaringan Ricardo Carvalho dan Mesut Ozil pada babak pertama memastikan Real Madrid kekal menerajui Liga Primera Sepanyol selepas pencabar terdekat, Barcelona menang 3-1 di Getafe untuk mengekalkan jurang satu mata antara kedua-dua pasukan.
Sejak 1999 Real Madrid tidak pernah tewas kepada Atletico sama ada di gelanggang sendiri atau di tempat lawan.
Kemenangan itu juga memanjangkan rekod tanpa kalah Real kepada 15 perlawanan sejak dibimbing bekas jurulatih Chelsea dan Inter Milan, Jose Mourinho.
Daripada 15 perlawanan di bawah kendalian Mourinho, Real mencatat 11 kemenangan termasuk perlawanan terakhir di Santiago Bernabeu awal pagi tadi.
Selepas berakhir 10 perlawanan, Real Madrid menguasai kedudukan Liga Sepanyol dengan mengumpul 26 mata, satu mata mengatasi pasukan tangga kedua, Barcelona.
Dalam saingan Liga Juara Eropah, Real sudah pun mengesah tempat ke pusingan kalah mati.
Tags: Atletico Madrid, La Liga 2010-2011, Liga Sepanyol, Real Madrid