JEPUN mengungguli saingan Kumpulan A acara bola sepak Sukan Asia 2010 selepas menang selesa 3-0 ke atas tuan rumah, China malam ini. [LIHAT VIDEO]
Jepun membuka jaringan menerusi rembatan Ryohei Yamazaki dari dalam kotak penalti pada minit ke-11 sebelum menggandakan kedudukan menerusi jaringan di babak kedua hasil sentuhan Kensuke Nagai pada minit ke-58.
Hasrat China untuk bangkit tidak kesampaian apabila sekali lagi gawang mereka dibolosi, kali ini Daisuke Suzuki mudah menolak masuk bola dalam kotak penalti untuk menjadikan kedudukan 3-0 sehingga tamat perlawanan.
Dalam perlawanan lain kumpulan sama, Malaysia mengatasi Kyrgyzstan 2-1 untuk berada di tangga kedua di belakang Jepun menerusi perbezaan jaringan.
Malaysia dan Jepun akan berentap pada Rabu ini.
Tags: China, China vs Jepun, Jepun, Sukan Asia 2010