Piala Dunia 2010 buka tirai

June 11, 2010 by · Tulis komen 

SEJAK enam tahun lalu, Afrika Selatan mula menghitung setiap jam untuk membuat persiapan menjelang bermula sepak mula bersejarah Piala Dunia.

Ramai rakyatnya yang bimbang negara itu tidak akan bersedia, dengan timbul cakap-cakap tahun lalu supaya kejohanan itu berpindah ke negara lain.

Tidak syak lagi, ia menjadi ujian persiapan, dengan kebimbangan terhadap jenayah, infrastruktur pengangkutan, penginapan dan kawalan keselamatan tetapi selepas enam tahun diberikan hak penganjuran buat kali pertama di bumi Afrika, Afrika Selatan semakin hampir memenuhi tanggungjawab.

Pasukan terakhir daripada 32 negara yang mengambil bahagian, sudah tiba menjelang perlawanan pembukaan hari ini dan berbilion peminat seluruh dunia sudah bersiap sedia untuk berpesta selama sebulan sambil menyokong dan menyaksikan bintang kegemaran mereka. [Berita penuh...]