David Villa lebih utama kemenangan Sepanyol

June 29, 2010 by  

SELEPAS turut memainkan peranan penting di atas kejayaan pasukan Sepanyol menjuarai Euro 2008, penjaring utamanya, David Villa, berharap dapat membantu perjuangan pasukan itu dalam medan Piala Dunia 2010.

Kini berusia 28 tahun, Villa, pemain kelab Valencia yang akan menyertai Barcelona musim akan datang, bagaimanapun perlu terlebih dahulu membantu pasukannya menangkis cabaran Portugal dalam pusingan kedua awal pagi esok. [PREBIU PERLAWANAN]

Sejauh ini, Villa telah menyumbatkan tiga gol sepanjang kejohanan sejak 11 Jun lalu, tetapi golnya dari jarak 40 meter ke atas pasukan Chile dijangka akan terus menjadi bahan perbualan dalam setiap kejohanan Piala Dunia akan datang. [LIHAT VIDEO]

Dengan sumbangan tiga gol dalam pertandingan ini, ia bererti Villa telah menyumbatkan enam gol dalam sejarah pusingan akhir Piala Dunia untuk pasukan Sepanyol.

Rekod jaringan itu mengatasi rekod legenda Sepanyol seperti Emilio Butragueno, Fernando Hierro, Fernando Morientes dan Raul.

“Tentunya, saya gembira dapat mengukir sejarah dengan pasukan Sepanyol,” kata Villa, yang juga menjadi penjaring utama Euro 2008 dengan sumbangan empat gol.

“Tetapi saya lebih suka melihat pasukan saya berjaya daripada saya menjaringkan gol,” ujar Villa, yang juga berharap dapat mengatasi rekod 44 gol yang disumbangkan Raul sepanjang beliau menyarung jersi pasukan Sepanyol.

Sejauh ini, Villa telah menjaringkan 41 gol selepas 61 perlawanan.

“Saya berasa satu kemegahan untuk berada tidak jauh daripada pencapaian Raul.

“Saya berharap saya akan terus menjaringkan gol. Matlamat saya bukan sahaja mahu mengatasi rekod Raul tetapi juga ingin membantu Sepanyol menjulang lebih banyak piala kemenangan,” kata Villa, yang menyarung jersi Nombor 7 pada Piala Dunia 2010.

Comments

Feel free to leave a comment...
and oh, if you want a pic to show with your comment, go get a gravatar!