DIDIER Drogba mengingatkan rakan-rakan sepasukannya supaya lebih berhati-hati pada pertemuan menentang Liverpool pada aksi Liga Perdana Inggeris malam esok.
Penyerang Chelsea itu berkata, ini kerana skuad The Reds makin menunjukkan peningkatan selepas mempamerkan aksi yang hambar pada awal musim ini.
Chelsea akan berjunjung ke Anfield dengan tahap keyakinan yang tinggi selepas berjaya menewaskan Spartak Moscow 4-1 pada saingan Liga Juara-Juara kelmarin.
Begitupun, Liverpool sudah mula menunjukkan peningkatan selepas skuad kendalian itu mencatat kemenangan kedua berturut-turut ke atas Bol- ton Wanderers minggu lalu.
Lantaran itu, penyerang Ivory Coast itu mengingatkan rakan- rakan sepasukannya agar berwaspada dengan ancaman dari- pada Liverpool yang dilihat mampu mencipta kejutan.
“Tidak ada sesuatu yang baik buat kami (Chelsea) apabila perlu berkunjung ke Anfield kerana mereka (Liverpool) merupakan sebuah pasukan yang hebat.
“Saya percaya, mereka pasti akan menggunakan perlawanan menentang kami ini sebagai permulaan untuk kembali bangkit setelah bermula hambar pada awal saingan musim ini. Jadi… kami perlu berhati-hati.
“Memang benar kami tidak pernah gentar berdepan mana-mana pasukan sekalipun tetapi kini kami bakal berdepan satu tugas getir apabila menentang kelab seperti Liverpool yang mana ia pasti menjadi perlawanan yang istimewa,” jelas Drogba.
Dalam pada itu, Chelsea turut menerima perkhabaran gembira apabila kapten John Terry dijangka akan kembali diturunkan selepas pulih daripada kecederaan selain Frank Lampard yang turut bersedia kembali beraksi.
Tags: Berita EPL, Chelsea, Chelsea vs Liverpool, EPL 2010/2011, Liga Perdana Inggeris, Liverpool