Peminat kecewa liputan siaran langsung RTM
June 18, 2010 by admin
[HARIAN METRO] - MUSIM Piala Dunia membuatkan stesen penyiaran terulung negara, Radio Televisyen Malaysia (RTM) kembali mendapat perhatian.
Bagaimanapun selepas seminggu Piala Dunia berlangsung, ramai tidak senang dengan RTM apabila mendakwa stesen televisyen itu membohongi rakyat kerana mereka tidak dapat menikmati siaran langsung seperti mana diuar-uarkan.
Ramai menghantar kiriman emel kepada Arena Metro menyatakan rasa tidak puas hati mereka terhadap RTM berikutan kegagalan menyiarkan semua perlawanan Piala Dunia secara langsung.
“RTM membohongi kami. Daripada promosi di televisyen, mereka cakap macam siarkan semua perlawanan secara langsung, tapi banyak yang tidak. Malah perlawanan secara langsung yang disiarkan pula kebanyakannya tidak menarik,” kata seorang pembaca.
Seorang lagi pengirim berkata: “Saya berasa sungguh dukacita dengan RTM kerana tidak menyiarkan siaran perlawanan bola sepak Piala Dunia sebagaimana diiklankan yang mengatakan RTM1 dan RTM2 sebagai penyiar berlesen untuk siaran langsung. Kalau tidak mampu, mungkin lebih baik berikan kepada stesen televisyen lain. Jangan sampai RTM dicop pembohong.”
Diminta mengulas, Ketua Pengarah Penyiaran, Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK), Datuk Ibrahim Yahya menjelaskan RTM sebagai penyiar berlesen cuma diberikan hak menyiarkan siaran secara langsung hanya untuk 35 daripada 64 perlawanan keseluruhan.
“RTM bukan penipu. Kami sudah memaklumkan kepada masyarakat lebih awal mengenai perlawanan yang akan disiarkan sepanjang Piala Dunia.
Kami lakukan promosi menerusi siaran radio RTM, TV1 dan TV2 serta iklan di akhbar. Tapi mungkin ramai peminat tidak tahu kerana mereka tidak mengikuti perkembangan,” kata Ibrahim.
“Kami hanya mendapat hak siaran berlesen untuk 35 perlawanan, 24 daripadanya disiarkan secara langsung, manakala 11 lagi siaran ulangan. Bagi mengatasi isu ini, kami memohon kepada peminat bola sepak agar merujuk kepada promosi di radio RTM, TV1 dan TV2 untuk mengetahui perlawanan mana yang kami siarkan.
“Kami mohon maaf atas kesulitan yang timbul, terutama bagi peminat pasukan tertentu kerana tidak dapat menyaksikan pasukan kesayangan mereka beraksi.
“Kami tiada hak memilih perlawanan mana yang mahu disiarkan, sebaliknya ketika undian dilakukan di Astro, kami tidak bernasib baik kerana banyak perlawanan berkualiti tidak dapat kami siarkan,” katanya sambil memberi jaminan RTM tidak akan terlepas siaran separuh akhir dan akhir Piala Dunia.
saya setuju dgn luahan peminat bola sepak piala dunia 2010 ini. Pada mulanya dulu memang diwar-warkan RTM akan menyiarkan siaran langsung piala dunia(maksudnya semua perlawanan lah). sejak beberapa perlawanan, baru diberitahu, hanya 24 siaran langsung saja yang disiarkan. Bg saya. siaran ulangan itu tidak payah dibuat lah,bazir duit saja.
wa setuju… buat bazir duit rakyat saja kalau buat siaran tertunda atau siaran ulangan..
wa ingat macam tu jugak.. promo gempak2 ingatkan kalau tak dapat tengok semua pun siar la yang game pukul 10 ke bawah tu…
ni tak dah la game tak berkualiti yg disiar pastu dua tiga hari just dua tiga game je…
mau rakyat x mengamuk
yang bagi komen tu tolong lah dengar berita dan baca berita dengan teliti…kita sgt bruntung drpd negara yang lain yang mewah dpt siaran langsung daripda langsung tiada siaran…kita perlu belajar bersyukur….
mslhnya siaran ulangan pun game2 yg membosankan…
dah la ulang smpai 2 kali,mau peminat x mengamuk..
renung renungkanlah rtm..
dok rok cetong…gohhhh,,,,,,,siarlah semua..barulah janji berbaloi… promosi sebelum ini…
RTM ni sembang lebeh, cite mcm nak trangkat dunia tp habuk punt tadakkk! nasib baekk aku dah langgan astro harussss tgk bola mlm nie…calo!
Sungguh mengecewakan (4) tahun sekali pihak RTM tidak dapat mengadakan siaran langsung untuk liputan bolasepak piala dunia
aku pun dah naik tension dgn RTM..sembang berdebar2 cam hasbulah awang..
RTM… PROMOSI LEBIH..ISI KURANG..LEBIH BAIK BAGI LESEN PENYIARAN KAT TV SWASTA
Kawan-kawan dekat Indonesia lebih bernasib baik sebab semua perlawanan disiarkan secara langsung dekat RCTI. Free pulak tu. Kita kat Malaysia kena langgan. Sungguh mengecewakan.
Biasalah….RTM ni tak minat bola kot….
ala…RTM agaknya jual hak penyiaran kepada astro…mana game yang best bagi kat astro..sebab RTM x mampu nak tarik pengiklan..biasala…RTM pun bukanya banyak sangat penonton..lagipun astro bayar kat RTM…maklumla astro kat kena bayar…standard la alasan RTM tu…nak cover line
pekara ni mmg bodoh… stesen tv kerajaan mmg tak berkualiti. kalo tak mampu nk jd penyiar piala dunia, bg je kat media prima yang ada 4 chanel tu. rakyat di dahulukan kan konon. dalam bab ni mmg rakyat tak didahulukan langsung, yang didahulukan adalah hanya orang yang mampu melanggan astro je, bg rakyat yang tak mampu… “nganga je la kat depan tv. tahniah la kat RTM kerana sut pengacara siaran live anda mmg nampak elegan… kot biru bertali leher hijau…. badut!!!