Uruguay 1 Ghana 1
July 3, 2010 by admin
URUGUAY memerlukan tuah pada penentuan sepakan penalti sebelum mengesahkan kemaraan ke peringkat separuh akhir Piala Dunia 2010 selepas menundukkan wakil tunggal Afrika, Ghana 4-2 selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 pada masa perlawanan sebenar dan 30 minit masa tambahan. [LIHAT VIDEO]
Dalam aksi yang berlangsung di Stadium Soccer City, Johannesburg, Ghana mendahului Uruguay 1-0 pada separuh masa pertama hasil jaringan Sulley Muntari, pada minit kedua masa kecederaan babak pertama.
Bagaimanapun Uruguay bangkit menyamakan kedudukan pada babak kedua menerusi Diego Forlan pada minit ke-55 apabila sepakan percumanya gagal ditampan penjaga gol Ghana, Richard Kingson.
Kedudukan 1-1 sehingga berakhir 90 minit perlawanan memaksa tambahan masa 30 minit untuk mencari pemenang ke separuh akhir.
Ghana patut menyalah diri sendiri apabila mensia-siakan peluang sekali seumur hidup selepas dihadiahkan sepakan penaltil pada minit ke-120.
Terdahulu Luis Suarez dilayang kad merah kerana menampan bola dengan tangan di pintu gol bagi mengelak bola menerjah ke gawang.
Bagaimanapun Asamoah Gyan yang mengambil sepakan menendang bola tinggi mengenai palang gol, sekaligus membawa perlawanan ke penentuan sepakan penalti yang menyaksikan Uruguay berjaya menewaskan Ghana 4-2.
Uruguay akan bertemu Belanda di peringkat separuh akhir selepas pasukan Eropah itu mengetepikan juara lima kali, Brazil 2-1 dalam perlawanan di Stadium Nelson Mandela Bay, malam tadi. [JADUAL PENUH]
Comments
Feel free to leave a comment...
and oh, if you want a pic to show with your comment, go get a gravatar!