Profil Pasukan: Uruguay

June 1, 2010 by  

JUARA Piala Dunia Edisi 1950, Uruguay akan mengambil bahagian buat kali ke-11 dalam kejohanan berprestij dunia di Afrika Selatan.

Pasukan dari zon Amerika Selatan itu berjaya melangkah ke pusingan kedua pada 1986 dan 1990 tetapi gagal melayakkan diri ke Piala Dunia edisi 1978, 1982, 1994, 1998 dan 2006.

Kini, Uruguay menjanjikan aksi lebih sengit selepas mengharungi pusingan kelayakan dengan laluan berliku apabila terpaksa bertemu Costa Rica pada aksi play-off.

Namun tuah mengiringi Uruguay selepas menamatkan saingan bagi zon CONMEBOL di tempat kelima.

Meskipun gagal beraksi pada Piala Dunia di Perancis empat tahun lalu, Uruguay kini menaruh harapan tinggi kepada beberapa tonggak utama seperti Diego Forlan, Luis Suarez dan Diego Lugano untuk mencipta kejutan.

Pengurus Oscar Tabarez turut menagih khidmat pemain Danubio Walter Gargano, Gabriel Cristian Rodriquez (Porto) dan Diego Perez (Monaco) untuk memperkukuh barisan tengah Uruguay kelak.

Beberapa pemain yang kerap kali diturunkan Tabarez adalah Sebastian Abreu (Aris Salonika), Carlos Bueno (Real Sociedad) atau pemain muda berbakat, Nicolas Lodeiro (Nacional Montevideo). (LAGI INFO/PROFIL/SENARAI PEMAIN PASUKAN URUGUAY)

SKUAD Piala Dunia 2010 pasukan Uruguay:

Penjaga Gol: Fernando Muslera (Lazio), Juan Castillo (Deportivo Cali), Martin Silva (Defensor Sporting)

Pemain Pertahanan: Diego Lugano (Fenerbahce), Diego Godin (Villarreal), Andres Scotti (Colo Colo), Jorge Fucile (Porto), Martin Caceres (Juventus), Mauricio Victorino (Universidad de Chile), Maximiliano Pereira (Benfica)

Pemain Tengah: Walter Gargano (Napoli), Egidio Arevalo Rios (Penarol), Sebastian Eguren (AIK Stockholm), Diego Perez (Monaco), Alvaro Pereira (Porto), Ignacio Gonzalez (Valencia), Nicolas Lodeiro (Ajax), Alvaro Fernandez (Universidad de Chile)

Penyerang: Luis Suarez (Ajax), Diego Forlan (Atletico Madrid), Sebastian Abreu (Botafogo), Edinson Cavani (Palermo), Sebastian Fernandez (Banfield Argentina)

Comments

Feel free to leave a comment...
and oh, if you want a pic to show with your comment, go get a gravatar!