Ghana, Uruguay berentap di suku akhir
June 27, 2010 by admin
PENCABAR yang tidak diduga mara ke peringkat suku akhir, Ghana dan Uruguay akan bersaing bagi merebut tempat ke perlawanan separuh akhir Piala Dunia 2010 di Soccer City, Johannesburg yang akan berlangsung pada 2 Julai depan.
Kedua-dua pasukan mara selepas menundukkan lawan masing-masing malam dan awal pagi tadi, di mana Uruguay menundukkan Korea Selatan 2-1 di Stadium Port Elizabeth, Nelson Mandela Bay; manakala Ghana menumpaskan Amerika Syarikat 2-1 di Rustenburg.
Ghana ketika ini dalam usaha untuk muncul sebagai negara Afrika pertama yang mara ke peringkat separuh akhir dalam kejohanan piala dunia, manakala Uruguay yang pernah memenangi piala dunia berharap menempatkan diri antara empat negara yang mara pada pusingan itu sejak 1970.
Kejayaan Uruguay itu adalah kesinambungan prestasi cemerlang pasukan Amerika Selatan, di mana kesemua lima pasukan rantau itu termasuk Brazil dan Argentina turut mara ke pusingan kalah mati.
Kecuali Chile, semua empat pasukan Amerika Selatan menjuarai kumpulan masing-masing.
Comments
Feel free to leave a comment...
and oh, if you want a pic to show with your comment, go get a gravatar!