Profil Pasukan: Slovenia
June 9, 2010 by admin
DENGAN jumlah penduduk kira-kira dua juta, Slovenia mengatasi segala ramalan awal untuk menempah tiket ke Piala Dunia Afrika Selatan.
Berdasarkan pencapaian mereka mengalahkan Poland, Republik Czech dan kemudian Russia - yang memiliki penduduk mencecah 142 juta - untuk melangkah ke Afrika Selatan, pencapaian mereka boleh dikatakan sesuatu yang amat menakjubkan.
Malah 2010 adalah kali kedua dalam sejarah negara kecil ini beraksi di pentas terbesar bola sepak dunia dan mereka yakin akan terus mencapai kejutan demi kejutan ketika berdepan pasukan terbaik dunia nanti.
Apabila undian di peringkat awal dibuat, ramai pemerhati meramal Kumpulan 3 Eropah akan dikuasai Republik Czech dan Poland, dua pasukan yang turut layak ke pusingan akhir Piala Dunia Jerman 2006 dan EURO 2008.
Bagaimanapun, dua pasukan pilihan itu lebur di separuh jalan mengakibatkan dua perebutan terakhir bergantung kepada dua pasukan kerdil, Slovakia dan Slovenia. Kejayaan Slovenia banyak disumbang oleh kemantapan barisan pertahanan yang disegani sepanjang kempen kelayakan.
Secara statistik, memang Belanda mengatasi Slovenia, tetapi pasukan Bert van Marwijck bermain dua perlawanan kurang daripada Slovenia yang hanya dibolosi empat kali dalam sepuluh perlawanan kelayakan.
Selepas muncul naib juara kumpulan dan diundi menentang Russia pada perlawanan play-off, semua pihak meramal pasukan yang dibimbing Guus Hiddink (Russia) akan menang dan layak ke Afrika Selatan. Dan nyata pertaruhan itu salah. (LAGI INFO/PROFIL/SENARAI PEMAIN PASUKAN SLOVENIA)
Comments
Feel free to leave a comment...
and oh, if you want a pic to show with your comment, go get a gravatar!