Profil Pasukan: Serbia
June 9, 2010 by admin
ATAS nama Serbia & Montenegro - Serbia pernah mencapai kegemilangan pada kancah bola sepak dunia dengan rekod sembilan kali ke pusingan akhir Piala Dunia antara 1930 hingga 2002 serta muncul naib juara Piala Eropah (EURO) di bawah bendera biru itu.
Penampilan terakhir menggunakan bendera Serbia & Montenegro adalah ketika Piala Dunia Jerman 2006 tetapi terpalit aib apabila tewas ketiga-tiga perlawanan pusingan pertama, namun selepas merdeka pada 16 Ogos 2006, Serbia cemerlang dengan kemenangan 3-1 ke atas Republik Czech di laman lawan.
Jersi berwarna biru adalah warna rasmi bendera pasukan ketika di bawah bendera Yugoslavia dan Serbia & Montenegro dan kali ini ia beralih kepada warna garang, merah - sepadan dengan jolokan rasmi pasukan ‘Beli Orvoli‘ atau Helang Putih. (LAGI INFO/PROFIL/SENARAI PEMAIN PASUKAN SERBIA)
Comments
Feel free to leave a comment...
and oh, if you want a pic to show with your comment, go get a gravatar!