Chile 1 Sepanyol 2
June 26, 2010 by admin
SEPANYOL melangkah ke pusingan kedua Piala Dunia 2010 selepas menewaskan Chile 2-1 dalam perlawanan terakhir Kumpulan H di Stadium Loftus Versfeld, Pretoria sebentar tadi. [LIHAT VIDEO]
David Villa membuka jaringan pertama Sepanyol pada minit ke-24 dengan rembatan jarak jauh ke arah gawang gol yang kosong selepas penjaga gol Chile, Claudio Bravo berada di posisinya.
Andres Iniesta menggandakan kedudukan buat Sepanyol pada minit ke-37. Pada masa sama pemain Chile, Marco Estrada dibuang padang selepas menerima dua kad kuning.
Sekali pun beraksi kurang seorang pemain, namun Chile yang tidak patah semangat berjaya merapatkan jurang menerusi jaringan di awal babak kedua oleh Rodrigo Millar.
Kedudukan 2-1 kekal sehingga perlawanan tamat.
Kemenangan itu memastikan Sepanyol muncul juara Kumpulan H, sekaligus mengelak pertemuan dengan juara lima kali, Brazil di pusingan kedua nanti. [LIHAT JADUAL PENUH PUSINGAN KEDUA]
Sebaliknya Chile yang walaupun tewas namun tetap mara ke peringkat 16 pasukan terakhir, namun berdepan laluan sukar apabila terpaksa berdepan Brazil di pusingan kedua.
Comments
Feel free to leave a comment...
and oh, if you want a pic to show with your comment, go get a gravatar!