Domenech anggap pemain Perancis wira
June 23, 2010 by admin
JUARA Piala Dunia 1998, Perancis, seperti diramal tersingkir daripada pusingan kedua Piala Dunia bersama tuan rumah, Afrika Selatan – senario yang menyaksikan Uruguay dan Mexico layak ke kelompok 16 terakhir selepas tamat semua perlawanan Kumpulan A, malam tadi.
Tuan rumah berjaya mengatasi Perancis 2-1, namun keputusan itu belum memadai buat skuad Bafana-Bafana untuk layak kerana Mexico memintas mereka atas perbezaan gol walaupun tewas kepada Uruguay.
Afrika Selatan menang menerusi jaringan Bongani Khumalo pada minit ke-20 dan Katlego Mphela (m-37) manakala Florent Malouda untuk Perancis, minit ke-70.
Ini adalah kali pertama tuan rumah gagal layak ke pusingan kalah mati kejohanan manakala Perancis boleh ditakrif memberi persembahan terburuk selaku finalis 2006 dengan hanya satu mata dan satu jaringan sahaja.
Pengurus Perancis bermasalah, Raymond Domenech berkata dia puas hati di atas persembahan pasukannya.
“Mereka menunjukkan semangat perjuangan tinggi, Itulah apa saya harapkan daripada mereka,” kata pengendali berusia 58 tahu itu yang enggan menjelaskan kenapa dia tidak bersalaman dengan rakan sejawatannya, Carlos Alberto Parreira selepas tamat wisel penamat.
Pengurus Afrika Selatan itu yang mengemudi Brazil menjuarai gelaran pada 1994 cuba menerangkan situasi itu.
“Saya percaya ini mungkin kerana saya pernah mengkritik pasukannya selepas mereka layak secara kontroversi ketika menewaskan Ireland dalam perlawanan play-off. Tapi, saya tak ingat,” katanya.
Comments
Feel free to leave a comment...
and oh, if you want a pic to show with your comment, go get a gravatar!