Prebiu: Slovakia vs Paraguay

June 20, 2010 by  

PARAGUAY berhasrat terus melebarkan penguasaan negara Amerika Selatan dalam kancah Piala Dunia apabila berdepan Slovakia, malam ini, dengan memastikan mampu meraih gol tetapi gusar terperangkap dengan serangan balas pihak lawan.

Penyerang, Roque Santa Cruz, yang hanya masuk dari bangku simpanan sewaktu seri 1-1 dengan juara bertahan Itali akibat kecederaan otot menjangkakan perlawanan lebih terbuka menentang Slovakia kerana kedua-dua pasukan mengamalkan corak menyerang.

“Kita mungkin berdepan dengan kejutan menerusi serangan balas mereka, mereka begitu bijak melakukan serangan seperti itu.”

Selepas Paraguay seri dengan Itali, Slovakia turut terikat dengan New Zealand selepas bangkit untuk mendapatkan gol penyamaan, menyaksikan semua empat pasukan dalam Kumpulan F mengumpul satu mata. Itali dan Paraguay dilihat mampu mara ke pusingan kedua.

Jika Paraguay berjaya mencatatkan kemenangan ke atas Slovakia yang perlu berdepan Itali, mereka bakal mencerahkan peluang ke pusingan kedua sebelum bertemu New Zealand pada 24 Jun tapi keputusan itu akan menamatkan saingan Slovakia pada penampilan Piala Dunia pertama mereka.

“Semua bergantung kepada kami dan ketepatan kami melakukan rembatan. Saya berpendapat Slovakia akan bermain lebih bebas kerana apa yang pasti kedua-dua pasukan mahukan kemenangan,” kata pemain tengah Paraguay, Cristian Riveros.

Comments

Feel free to leave a comment...
and oh, if you want a pic to show with your comment, go get a gravatar!