New Zealand 1 Slovakia 1
June 15, 2010 by admin
PERTEMBUNGAN dua pasukan underdog Kumpulan F, New Zealand dan Slovakia berakhir penuh dramatik apabila tandukan Winston Reid pada minit ketiga masa kecederaan membolehkan pasukan dengan jolokan All Whites itu meraih keputusan seri 1-1 selepas mereka ketinggalan satu gol pada awal babak kedua. [LIHAT VIDEO]
Terdahulu Robert Vittek yang dipilih pemain terbaik perlawanan berkenaan menjaringkan gol pendahuluan buat Slovakia, juga menerusi tandukan pada minit ke-50.
Ketika Slovakia di ambang kemenangan selepas perlawanan memasuki minit ketiga masa tambahan, Winston Reed menyamakan kedudukan untuk New Zealand mencuri satu mata berharga.
Keputusan seri itu bermakna semua empat pasukan Kumpulan F mempunyai jumlah jaringan dan mata yang sama dengan peluang kini seimbang buat pasukan berkenaan.
Pada aksi awal pagi tadi, perlawanan antara Itali dan Paraguay juga berakhir dengan keputusan seri 1-1.
Slovakia akan bertemu Paraguay pada perlawanan kedua manakala tugas New Zealand lebih sukar apabila berhadapan dengan juara bertahan, Itali 20 Jun nanti.
Comments
Feel free to leave a comment...
and oh, if you want a pic to show with your comment, go get a gravatar!