Dilema Mexico berdepan Afrika Selatan

June 10, 2010 by  

MEXICO menghadapi dilema sama ada untuk menurukan penyerang veteran, Guillermo Franco atau penyerang muda, Javier ‘Chicharito’ Hernandez pada aksi pembukaan Piala Dunia 2010 menentang Afrika Selatan malam esok.

Jurulatih Mexico, Javier Aguirre yang turut masih berteka-teki mengenai posisi penjaga gol dan tengah bagaimanapun lebih menumpukan perhatian bagi menyelesaikan dilema yang dihadapinya bagi posisi serangan itu.

Franco menjaringkan gol tunggal Mexico ketika mereka tewas 1-3 kepada England pada aksi persahabatan bulan lalu tetapi kecederaannya membuka ruang buat Hernandez, 22, yang menjaringkan tiga gol pada tiga aksi persahabatan terakhir menentang Gambia, Itali dan Belanda.

Hernandez yang beraksi untuk kelab Guadalajara musim ini mula menyarung jersi Mexico lapan bulan lalu dan dia telah pun bersetuju untuk menyertai Manchester United selepas berakhir Piala Dunia 2010.

Dia digelar Chicharito yang bermaksud kacang pis yang kecil dan bapanya yang mempunyai nama sama merupakan anggota skuad Piala Dunia Mexico, begitu juga datuknya, Tomas Balcazar yang beraksi pada Piala Dunia 1954.
Flaunt the new look with a Dellâ„¢ Inspironâ„¢ 14R laptop!

Sementara Franco, 33, pula telah menjaringkan lima gol bersama West Ham musim ini dan beraksi pada Piala Dunia 2006.

Namun kecederaan kaki yang dialaminya ketika menentang England menyebabkan dia terpaksa diketepikan sehinggalah pulih sepenuhnya beberapa hari lalu.

Bagi posisi penjaga gol, Oscar Perez, 37, bersaing merebut tempat dengan Guillermo Ochoa yang 13 tahun lebih muda daripadanya.

Untuk posisi tengah pula, persaingan hebat berlaku di antara Andres Guardado dan Efrain Juarez yang kedua-duanya dilihat memiliki kemampuan yang sama.

Namun berdasarkan aksi persahabatan terakhir dan sesi latihan, Aguirre dijangka akan memilih Perez bagi menjaga gawang.

Comments

Feel free to leave a comment...
and oh, if you want a pic to show with your comment, go get a gravatar!