Prebiu: Korea Utara vs Ivory Coast
June 25, 2010 by admin
IVORY Coast memerlukan salah satu keputusan yang seperti tidak mungkin dalam sejarah Piala Dunia jika ia mahu meneruskan perjuangannya pada kejohanan Piala Dunia 2010 ini.
Ivory Coast masih memiliki peluang tipis dari segi matematik untuk layak ke peringkat 16 terakhir.
Pasukan Sven Goran Eriksson perlu menewaskan Korea Utara yang telah tersingkir di Nelspruit dalam pusingan kalah mati perlawanan Kumpulan G, hari ini - itu yang mudah.
Pada masa sama, Portugal perlu kalah kepada Brazil di Durban bukan mustahil.
Syaratnya pula ialah perlu kelebihan sembilan gol menyebelahi Ivory Coast - hampir tidak dapat dibayangkan.
“Ada satu perlawanan lagi dan terserah kepada diri kami untuk memenanginya dan berharap percaturan ini menyebelahi kami,” kata pertahanan Guy Demel, menegaskan The Elephants masih menaruh harapan satu keputusan yang menakjubkan.
Sejarah Piala Dunia tidak menyebelahi Ivory Coast.
Kekalahan satu gol oleh Portugal kepada juara lima kali, Brazil bakal memerlukan Ivory menang sekurang-kurangnya lapan gol dan dalam sejarah 80 tahun Piala Dunia, hanya ada enam perlawanan dengan satu angka jaringan 8-0 atau lebih besar.
Korea Utara tersentak dengan kekalahan 0-7 kepada Portugal dan berazam untuk menebus persembahan buruk itu menentang Ivory Coast.
“Dari segi taktikalnya, kami hancur.
“Di tanah air, saya percaya mereka akan memandang ke perlawanan berikutnya. Kami ada satu lagi. Kami akan mengukuhkan semula kemampuan mental kami dan benar-benar bekerja dengan baik,” kata jurulatih Korea Utara, Kim Jung Hun yang memikul tanggungjawab bagi perubahan dalam formasi pasukan itu pada separuh masa yang mendorong enam gol babak kedua daripada Portugal.
Pemain tengah, An Yong Hak berkata, perlawanan menentang Ivory Coast merupakan satu-satunya peluang untuk meraih semula maruah mereka yang hilang dalam penampilan pertama Piala Dunia sejak 44 tahun lalu.
Comments
Feel free to leave a comment...
and oh, if you want a pic to show with your comment, go get a gravatar!