Korea Utara yakin mampu benam Brazil
June 10, 2010 by admin
PEMAIN Korea Utara paling terkenal, Jong Tae-Se berharap dia dapat mengubah imej negaranya yang tertutup itu dan percaya mereka mampu menjatuhkan gergasi, Brazil.
Jong, yang bermain dalam Liga Jepun dan dikenali sebagai ‘Wayne Rooney Asia’, berbual dengan wartawan sebelum sesi latihan terbuka pertama Korea Utara di Stadium Makhulong di luar Johannesburg.
“Kami mahu mengubah imej Korea Utara,” katanya menambah bahawa kekuatan Chollima yang berada pada ranking ke-105 dunia,” adalah semangat berpasukan mereka.
“Mentaliti asas kami adalah seperti Jerman, semangat Jerman,” katanya.
“Kami berani. Kami boleh menang dengan Brazil. Semua orang fikir ia adalah perlawanan yang kami tidak boleh menang, tetapi kami memiliki keberanian dan semangat berjuang.”
Korea Utara yang lebih dikenali dengan program senjata Korea Utara dan penganiayaan hak asasi manusia, diundi dalam kumpulan sama seperti Brazil, Ivory Coast dan Portugal.
Dia juga menegaskan barisan pada 2010 ini bertekad besar untuk mengulangi kejayaan skuad 1966 yang membuat kejutan terbesar menewaskan Itali 1-0 dalam kemunculan pertama mereka di Piala Dunia.
Comments
Feel free to leave a comment...
and oh, if you want a pic to show with your comment, go get a gravatar!