Prebiu: Uruguay vs Korea Selatan
June 26, 2010 by admin
URUGUAY dan Korea Selatan akan bertemu dalam saingan kalah mati hari ini, yang mana kedua-dua pasukan berazam untuk meninggalkan kenangan manis di Piala Dunia selepas gagal menyerlah sebelum ini.
Tiada siapa menjangkakan juara Kumpulan A, Uruguay dan naib johan Kumpulan B, Korea Selatan dapat melayakkan diri ke saingan berikutnya, tetapi apa yang lebih penting kedua-dua pasukan telah melakar kejutan ke atas lawan yang sebelum ini memandang rendah terhadap keupayaan mereka.
Satu tempat di suku akhir akan menandakan satu perubahan yang menakjubkan di Piala Dunia dan akan mengubah nasib pasukan yang memenangi perlawanan tersebut.
Sementara itu, lain pula bagi bekas pemenang Piala Dunia Brazil, Jerman, Argentina dan Itali, kekuatan mereka tetap menjadi permainan kelas dunia.
Juara dua kali Uruguay berada dalam bayangan sendiri kerana mereka belum melayakkan diri ke saingan tertinggi sejak lapan edisi Piala Dunia sejak kali terakhir mara ke separuh akhir pada 1970.
Seperti Uruguay, yang muncul dalam peringkat akhir ke-11, Korea Selatan sememangnya sudah biasa dengan saingan di Piala Dunia tetapi hanya mara dari peringkat kumpulan, sekali iaitu semasa menjadi tuah rumah 2002 dan mara ke separuh akhir.
Korea Selatan, sememangnya pasukan yang sederhana dan jarang berbicara tentang peluang mereka, tetapi jurulatihnya, Huh Jung-moo berkata, mereka kini dalam semangat mahukan kemenangan dan mencari sasaran lebih baik dari pusingan kedua.
“Saya tahu pemain saya tidak akan puas jika hanya layak ke saingan 16 pasukan terakhir dan kita akan bekerja lebih keras untuk layak ke separuh akhir.
“Pemain saya akan mencapai sasaran yang lebih tinggi sekarang,” kata Jung-moo.
Persembahan Korea Selatan telah melabelkan pasukan itu sebagai - “hantaran yang tepat, berkeyakinan dan memiliki kekuatan luar biasa” tetapi enam gol yang dilepaskan dalam dua perlawanan terdahulu telah menonjolkan kerapuhan benteng pertahanan mereka.
Sebaliknya, Uruguay belum melepaskan sebarang gol menjadikannya pasukan pilihan untuk menang dalam pertemuan di Port Elizabeth hari ini.
Uruguay diharap mengekalkan formasi bertuah, yang mana penyerang berpengaruh, Diego Forlan bermain di belakang dan hadapan Luis Suarez dan Edinson Cavani, iaitu kombinasi yang menakutkan setakat ini untuk berhadapan pertahanan Korea Selatan tidak ampuh bertahan.
Comments
Feel free to leave a comment...
and oh, if you want a pic to show with your comment, go get a gravatar!