Nigeria 2 Korea Selatan 2
June 23, 2010 by admin
KOREA Selatan menjadi pasukan Asia pertama mara ke pusingan kedua Piala Dunia 2010 meskipun sekadar seri 2-2 dengan Nigeria pada perlawanan ketiga Kumpulan B sebentar tadi. [LIHAT VIDEO]
Gol-gol Korea Selatan dijaringkan oleh pemain pertahanan, Lee Jung-Soo pada minit ke-38 dan penyerang Park Chu-Young menerusi sepakan percuma cantik, 11 minit kemudian.
Nigeria pula memperolehi jaringan menerusi Kalu Uche pada minit ke-12 dan sepakan penalti, Yakubu Aiyegbeni pada minit ke-69.
Kemenangan itu meletakkan Korea Selatan berada di tangga kedua Kumpulan B dengan mengumpul empat mata di belakang juara kumpulan, Argentina yang mengutip sembilan mata penuh daripada tiga perlawanan.
Dengan kemaraan itu, Korea Selatan bakal bertemu Uruguay yang menjuarai Kumpulan A pada pusingan kedua kejohanan tersebut 26 Jun depan. [LIHAT JADUAL PENUH PUSINGAN KEDUA]
Comments
Feel free to leave a comment...
and oh, if you want a pic to show with your comment, go get a gravatar!