Korea Selatan mara ke pusingan kedua

June 23, 2010 by  

KOREA Selatan menyingkirkan Nigeria bagi perebutan tempat ke pusingan kedua Piala Dunia 2010 untuk mengiringi juara Kumpulan B Argentina yang menundukkan Greece 2-0.

Korea Selatan berada di tangga kedua Kumpulan B dengan mengumpul empat mata di belakang juara kumpulan, Argentina yang mengutip sembilan mata penuh daripada tiga perlawanan.

Nigeria pula berada di tangga terbawah kumpulan dengan hanya memungut satu mata sementara Greece berada di tempat ketiga, satu mata di belakang Korea Selatan.

Dalam aksi di Stadium Durban, Nigeria terlebih dahulu di depan menerusi jaringan Kalu Uche pada minit ke-12.

Namun Korea membalas dengan dua gol jaringan pemain pertahanan, Lee Jung-Soo pada minit ke-38 dan penyerang Park Chu-Young menerusi sepakan percuma cantik, 11 minit kemudian untuk mendahului 2-1

Nigeria kemudiannya berjaya menyamakan kedudukan menerusi sepakan penalti yang disempurnakan Aiyegbeni Aiyegbeni pada minit ke-69.

Dengan kemaraan itu, Korea Selatan bakal bertemu Uruguay yang menjuarai Kumpulan A pada pusingan kedua, 26 Jun nanti. [LIHAT JADUAL PENUH PUSINGAN KEDUA]

Comments

Feel free to leave a comment...
and oh, if you want a pic to show with your comment, go get a gravatar!