Prebiu: Ghana vs Jerman
June 23, 2010 by admin
GHANA mencipta sejarah sebagai pasukan benua Afrika pertama yang melakar kemenangan pada kejohanan di sini, dengan mengalahkan Serbia dalam perlawanan pembukaan Kumpulan D.
Mereka sekali lagi mampu memahat sejarah untuk menyingkir awal Jerman dari Piala Dunia, jika menang pada pertembungan awal pagi esok.
Ghana mendahului Kumpulan D dengan empat mata, diikuti Jerman dan Serbia tiga mata.
Australia pula di tangga terakhir dengan satu mata, menjadikan semua pasukan masih berpeluang mara ke pusingan kedua.
Jurulatih Ghana, Milovan Rajevac berkata, pada pertembungan esok, Jerman lebih tertekan.
‘‘Saya tidak fikir tekanan memihak kepada kami. Jerman yang sepatutnya tertekan, kerana mereka merupakan pasukan pilihan.
“Kita semua tahu Jerman merupakan pasukan yang kuat tetapi kami percaya, kami juga cukup bagus untuk menyingkirkan mereka.
‘‘Kami perlu mengawal ketat setiap pemain lawan, jika kami bermain secara padu tanpa memberi sedikitpun ruang, pasti kami akan menang,’’ katanya.
Pemain pertahanan yang telah lama bermain dalam Bundesliga dan kini menyertai Bayer Leverkusen, Hans Adu Sarpei percaya, Ghana boleh mengambil kesempatan daripada kelemahan barisan pertahanan Jerman.
“Ini adalah perlawanan besar. Ia penentu di antara ‘hidup dan mati’. Semua pemain harus bertenang dan masuk ke dalam padang tanpa rasa tertekan,” kata Sarpei.
Comments
Feel free to leave a comment...
and oh, if you want a pic to show with your comment, go get a gravatar!