Jerman belasah Australia 4-0
June 14, 2010 by admin
JERMAN menjadi pasukan pertama di Piala Dunia Afrika Selatan mencatat kemenangan terbesar selepas membelasah Australia 4-0 dalam saingan Kumpulan D, awal pagi tadi.
Gol jaringan Lukas Podolski pada minit ke-8 diikuti Miroslav Klose (m-26); Thomas Mueller (m-68) dan Cacau (m-70) memberi awal buat pasukan pencabar Piala Dunia kali ini.
Jurulatih Jerman, Joachim Loew menegaskan kunci kejayaan Jerman menang besar mengalahkan Australia adalah hasil hantaran pantas dan kepantasan melakukan serangan.
Berikutan itu Jerman mendominasi perlawanan dengan muncul empat penjaring terbaik iaitu Lukas Podolski, Miroslav Klose, Thomas Mueller dan pemain kelahiran Brazil, Cacau.
Kemenangan besar itu membolehkan Jerman menguasai selesa Kumpulan D meskipun terdahulu Ghana menumpaskan Serbia 1-0.
“Kami nyata menguasai keseluruhan perlawanan dari mula hingga tamat.
“Australia lebih mengamalkan corak bertahan tetapi kami pantas menukar strategi dengan menggunakan rangkaian penyerang Podolski, Klose, Oezil, Mueller dan Sami Khedira.
“Corak hantaran yang rendah dan pendek nyata senjata kami untuk menang besar kali ini,” katanya.
nasib jerman x jumpe brazil..