Jerman 4 England 1
June 28, 2010 by admin
JERMAN menewaskan England 4-1 pada perlawanan pusingan kedua Piala Dunia 2010 di Stadium Free State sebentar tadi untuk mara ke peringkat suku akhir. [LIHAT VIDEO]
Jerman mendahului selesa menerusi gol Miroslav Klose pada minit ke-20 dan Lukas Podolski pada minit ke-32. Namun, England merapatkan jurang gol pada minit ke-37 menerusi tandukan Matthew Upson hasil umpanan ketua pasukan, Steven Gerrard.
England sepatutnya menyamakan kedudukan seminit kemudian apabila rembatan Frank Lampard terkena palang gol dan melantun masuk lalu keluar semula tetapi pengadil dari Uruguay, Jorge Larrionda, tidak mengesahkan jaringan itu yang sekaligus bakal mengundang kontroversi.
Ulang tayang televisyen mengesahkan bola jelas sudah pun melepasi garisan gol. [LIHAT VIDEO]
Permainan bertambah sengit pada separuh masa kedua apabila England mengasak bertalu-talu untuk memperoleh gol penyamaan.
Namun ketika England ghairah menyerang, Thomas Mueller mengakhiri impian England apabila menjaringkan dua gol menerusi serangan balas dalam tempoh empat minit iaitu pada minit ke-67 dan ke-70 untuk menjadikan kedudukan 4-1.
Jerman akan bertemu sama ada Argentina atau Mexico pada peringkat suku akhir Sabtu depan. [LIHAT JADUAL]
Kesebelasan Utama Jerman:
1 Manuel Neuer
16 Philipp Lahm (K)
3 Arne Friedrich
17 Per Mertesacker
20 Jerome Boateng
6 Sami Khedira
7 Bastian Schweinsteiger
13Thomas Mueller
8 Mesut Oezil
10 Lukas Podolski
11 Miroslav Klose
Kesebelasan Utama England:
1 David James
2 Glen Johnson
15 Matthew Upson
6 John Terry
3 Ashley Cole
16 James Milner
8 Frank Lampard
14 Gareth Barry
4 Steven Gerrard (K)
19Jermain Defoe
10 Wayne Rooney
Jerman di kelas tersendiri..England terus di landa derita…
player england hanya jaguh kampung je
angan-angan je kuat