Singa Afrika tumbang di tangan Samurai

June 15, 2010 by  

JEPUN mengikut jejak langkah satu lagi wakil Asia, Korea Selatan apabila memulakan kempen Piala Dunia 2010 dengan bergaya selepas mengejutkan “Singa Afrika” Cameroon menerusi kemenangan tipis 1-0 dalam perlawanan pembukaan Kumpulan E di Stadium Free State, sebentar tadi. [LIHAT VIDEO]

Gol tunggal Keisuke Honda pada minit ke-39 sudah cukup buat pasukan Jepun untuk mengutip mata penuh, berkongsi tiga mata dengan Belanda yang terdahulu menang 2-0 ke atas Denmark.

Kekalahan Cameroon bermakna hanya Ghana yang membuat permulaan memberangsangkan apabila muncul satu-satunya pasukan dari Afrika yang mencatat kemenangan setakat ini.

Sebelum ini Afrika Selatan seri 1-1 dengan Mexico dalam perlawanan pembukaan Piala Dunia 2010 sebelum Nigeria tumpas di tangan Argentina.

Ghana menumpaskan Serbia 1-0 hasil jaringan penalti Asamoah Gyan dalam aksi Kumpulan D.

aksi Kumpulan E."/>

Comments

One Response to “Singa Afrika tumbang di tangan Samurai”

  1. mohd.as"ri yusoff on June 15th, 2010 12:21 am

    korea.japan,,,best on the best

Feel free to leave a comment...
and oh, if you want a pic to show with your comment, go get a gravatar!