Slovakia 3 Itali 2

June 25, 2010 by  

SLOVAKIA membuat kejutan terbesar apabila menewaskan juara bertahan, Itali 3-2 dalam perlawanan terakhir Kumpulan F yang penuh dengan aksi dramatik apabila tiga gol dijaringkan pada tempoh 10 minit terakhir. [LIHAT VIDEO]

Slovakia mendahului selesa menerusi gol Robert Vittek pada minit ke-25 dan ke-73.

Itali merapatkan jurang gol menerusi jaringan Antonio Di Natale pada minit ke-81.

Namun, pemain gantian, Kamil Kopunek mengembalikan kelebihan gol Slovakia menerusi jaringan pada minit ke-89.

Itali sekali lagi merapatkan jurang gol, kali ini menerusi jaringan Fabio Quagliarella pada minit kedua masa tambahan.

Namun, Itali gagal memperoleh satu lagi gol untuk menyelamatkan kempen mempertahankan kejuaraan.

Kemenangan ke atas Itali sekaligus memastikan Slovakia mara ke pusingan kedua sebagai naib juara Kumpulan F, manakala Itali tersingkir daripada saingan Piala Dunia 2010 selepas menduduki tangga terbawah Kumpulan F.

Paraguay mengungguli Kumpulan F selepas terikat tanpa jaringan dengan New Zealand dalam satu lagi perlawanan secara serentak. [LIHAT JADUAL PENUH PUSINGAN KEDUA]

Comments

Feel free to leave a comment...
and oh, if you want a pic to show with your comment, go get a gravatar!