Paraguay ikat Itali 1-1
June 15, 2010 by admin
JUARA bertahan, Itali nyaris dimalukan Paraguay sebelum jaringan Daniele De Rossi pada babak kedua menyelamatkan skuad bimbingan Marcello Lippi daripada kekalahan selepas ketinggalan 0-1 pada separuh masa pertama dalam aksi Kumpulan F di Stadium Green Point, Cape Town, sebentar tadi.
Antolin Alcaraz memberikan pasukan dari Amerika Selatan itu kelebihan satu gol apabila menanduk masuk bola sepakan percuma Aureliano Torres sebelum jaringan Daniele De Rossi pada minit ke-63 menafikan kemenangan buat Paraguay.
Itali memperoleh percubaan awal menerusi Riccardo Montolivo, namun rembatannya yang agak lemah mudah diselamatkan penjaga gol Paraguay, Justo Villar.
Selepas itu giliran Paraguay mengancam kubu Itali menerusi percubaan Aureliano Torres, namun rembatan pemain kelab San Lorenzo itu sedikit tersasar.
Gawang Itali yang dikawal Gianluigi Buffon akhirnya bocor enam minit sebelum babak pertama berakhir apabila Antolin Alcaraz bijak menyempurnakan sepakan percuma Torres dengan menanduk masuk ke penjuru kiri gawang Azzuri.
Enrique Vera berpeluang menambah jaringan buat Paraguay pada minit ke-53, namun rembatannya di depan gol tersasar melewati palang.
Kelebihan 1-0 bagaimanapun tidak mampu dipertahankan pasukan Paraguay apabila kesilapan Villar yang gagal menahan bola tinggi sepakan sudut Simone Pepe pada minit ke-63 membolehkan Daniele De Rossi mudah menyumbat masuk untuk gol penyamaan juara dunia empat kali itu.
Kedua-dua pasukan cuba mencari gol kemenangan, namun gagal memecah kebuntuan sehingga tamat perlawanan.
itali mula merasa tekanan..pasukan- pasukan baru kini mula mencabar..AWAS JUARA BERTAHAN
memalukan saja italy..dgn paraguay pun tak lepas lagi nak lawan lain…ayuh bangit2!!!
marcelo lipi mula tertekan dah skung coz banyak tampilkan kuda tua dalm skuad itali
satu lagi gol hebat world class adalh gol park jisung vs greece..
negara asia memang classsssss… malaysia punya pengadil pun world classsssss juga