Profil Pasukan: Denmark
June 1, 2010 by admin
DENMARK akan bertandang ke pusingan akhir Piala Dunia di Afrika Selatan, berbekalkan semangat kejayaan hebat peringkat kelayakan mengatasi Portugal, Sweden dan Hungary.
Dalam 10 perlawanan, Denmark mencatat enam kemenangan dan satu kalah kepada Hungary serta menyumbat 16 gol berbanding lima bolos.
Penyerang Soeren Larson menjaringkan lima daripada jumlah gol itu manakala penyerang Arsenal, Nicklas Bendtner (3) dan pemain Juventus, Christian Poulsen (2).
Denmark menang ke atas Portugal 3-2 di Lisbon dan seri 1-1 dengan lawan yang sama di gelanggang sendiri untuk layak ke Afrika Selatan.
Denmark yang menduduki ranking ke-26 FIFA (kini di ranking ke-36), akan muncul dalam penampilan keempat dan bersaing bersama Belanda, Jepun, Cameroon dan Cameroon dalam saingan Kumpulan E.
Denmark akan menentang Belanda pada 14 Jun ini sebelum bertemu Cameroon lima hari kemudian dan Jepun dalam perlawanan terakhir.
”Kami bertemu dengan pasukan dari benua yang berbeza. Saya rasa perlawanan akan lebih menarik.
”Kami tahu mutu permainan Belanda dan sudah tentu mereka adalah pasukan pilihan dalam pasukan ini. Untuk tiga pasukan yang lain mungkin akan menjadikan tempat kedua sebagai rebutan.
”Permainan Jepun menarik dan banyak yang sama tahu tentangnya. Sementara Cameroon adalah pasukan hebat dari Afrika dan memiliki ramai pemain yang beraksi di kejohanan utama Eropah. Mungkin ia akan sukar bagi kami,” kata jurulatih Denmark, Morten Olsen.
Olsen tidak melakukan sebarang perubahan mengejut dalam skuad bimbingannya dengan menyenaraikan Dennis Rommedahl dan Jesper Groenkjaer dan beberapa pemain veteran, Martin Joergensen dan Daniel Jensen untuk tengah.
Seperti yang diketahui, salah satu faktor kelayakan Denmark ke Piala Dunia ialah kekentalan barisan pertahanannya yang diketuai ‘orang besi’ Liverpool, Daniel Agger selaku kunci utama.
Barisan depan akan diketuai penjaring terbanyak, Larsen yang menjaringkan 11 gol dalam 17 penampilan antarabangsa.
Pun begitu, kekangan yang dihadapi Denmark ialah kecederaan penjaga gol nombor satunya, Thomas Soerensen yang berlaga dengan pemain Chelsea, Salomon Kalou ketika menentang kelabnya, Stoke dalam saingan Liga Perdana England.
Kecederaan pada bahunya itu bagaimanapun tidak memerlukan pembedahan dan pemain berusia 33 tahun itu dijangka cergas menjelang kejohanan.
”Saya yakin akan dapat beraksi pada Piala Dunia. Ia cuma menanti masa menentukannya. Saya perlu ada keyakinan,” kata Soerensen.
Denmark yang menjuarai Kejohanan Eropah pada 1992 muncul di Piala Dunia pada 1986 tetapi kemaraan mereka setakat pusingan kedua.
Kebangkitan Denmark paling ketara ialah pada Piala Dunia 1998 apabila adik beradik Laudrup, Michael dan Brian membantu negara mereka mara ke suku akhir tetapi kalah 2-3 kepada Brazil.
Pada Piala Dunia, Denmark sekadar menghabiskan saingan peringkat kumpulan dan gagal ke pusingan akhir 2006 dan Euro 2008. (LAGI INFO/PROFIL/SENARAI PEMAIN PASUKAN DENMARK)
Comments
Feel free to leave a comment...
and oh, if you want a pic to show with your comment, go get a gravatar!