Profil Pasukan: Cameroon
June 9, 2010 by admin
CAMEROON tiba-tiba dilanda ‘tsunami’ menjelang kempen Piala Dunia 2010.
Semuanya gara-gara kritikan yang dilemparkan bekas bintang Cameroon, Roger Milla terhadap kapten pasukan, Samuel Eto’o.
Terdahulu, Milla mendakwa Eto’o telah banyak menyumbang terhadap kejayaan kelab yang diwakilinya iaitu Barcelona dan Inter Milan.
Bagaimanapun, Milla secara terbuka mendakwa Eto’o gagal memberi sebarang sumbangan berkesan kepada skuad kebangsaannya.
Disebabkan itu, Eto’o yang berjaya menjulang trofi Liga Juara-Juara bersama Inter baru-baru ini serta Barcelona (2006 dan 2009) membalas kritikan tersebut dengan menggelar Milla sebagai seorang yang pandai bercakap sahaja tanpa melakukan apa-apa.
“Semua orang harus menghormati saya dan mereka tidak perlu untuk bersuara kerana beraksi pada saingan peringkat suku akhir Piala Dunia tidak sama dengan menjuarai kempen tersebut.
“Perkara seperti ini selalu terjadi apabila orang-orang seperti Milla hanya tahu melemparkan kritikan disaat-saat kejohanan akan bermula.
“Jika dilihat, Milla juga tidak pernah berbuat apa-apa terhadap kejayaan Cameroon dan jauh sama sekali dengan menjulang Piala Dunia,” jelas Eto’o.
Tanpa berselindung, Eto’o telah menyatakan hasratnya untuk tidak menyarung jersi skuad kebangsaannya, sekali gus menimbulkan persoalan sama ada dia akan beraksi ataupun tidak pada kempen Piala Dunia kali ini.
“Adakah berbaloi sekiranya saya beraksi pada kempen Piala Dunia kali ini? Saya masih ada beberapa hari lagi untuk memikirkannya dan melihat sama ada pentingkah saya untuk berada dalam skuad Cameroon kali ini.
“Saya sememangnya tidak menyukai perkara seperti ini terjadi dalam karier saya selaku pemain bola sepak,” tambahnya. (LAGI INFO/PROFIL/SENARAI PEMAIN PASUKAN CAMEROON)
Comments
Feel free to leave a comment...
and oh, if you want a pic to show with your comment, go get a gravatar!