Portugal 0 Brazil 0
June 26, 2010 by admin
BRAZIL mengungguli Kumpulan G selepas terikat tanpa jaringan dengan Portugal dalam perlawanan terakhir di Stadium Moses Mabhida, Durban sebentar tadi. [LIHAT VIDEO]
Dengan keputusan itu, bermakna Portugal menduduki tangga kedua kumpulan sekaligus berjaya mengiringi Brazil ke peringkat 16 pasukan terakhir.
Ivory Coast yang berjaya menewaskan Korea Utara 3-0 terpaksa berpuashati di tangga ketiga kumpulan dan tersingkir dari saingan pusingan kedua.
Dalam aksi pusingan kedua nanti, Brazil akan berdepan pasukan kedua Kumpulan H, manakala Portugal akan menentang juara Kumpulan H. [LIHAT JADUAL PENUH PUSINGAN KEDUA]
Comments
Feel free to leave a comment...
and oh, if you want a pic to show with your comment, go get a gravatar!