Peluang Brazil tebus kegagalan 2014
July 3, 2010 by admin
JUARA lima kali, Brazil disingkirkan daripada Piala Dunia 2010 selepaa tunduk 1-2 kepada Belanda pada pusingan suku akhir yang berlangsung di Stadium Nelson Mandela Bay malam tadi.
Kemenangan itu membolehkan Belanda melangkah ke pusingan separuh akhir dan menanti pemenang antara Uruguay dan Ghana.
Pada aksi malam tadi, Brazil dilihat pilihan untuk memenangi perlawanan tersebut lebih-lebih lagi selepas membuka jaringan pada minit ke-10 menerusi Robinho, namun sebaliknya yang berlaku.
Gol awal Brazil itu langsung tidak melunturkan semangat juang Belanda yang terus melancarkan asakan untuk mencari gol penyamaan di babak kedua.
Hasilnya, Belanda berjaya melakukannya selepas dihadiahkan gol jaringan sendiri oleh pertahanan Brazil, Felipe Melo pada minit ke-53 yang tertanduk bola ke gawang sendiri hasil percubaan Wesley Sneijder.
Gol yang dicari-cari Belanda muncul pada minit ke-68 menerusi tandukan Sneijder sekali gus mengesahkan tempat mereka ke separuh akhir.
Kemenangan itu dianggap penebus kekecewaan Belanda yang tewas kepada Brazil pada Piala Dunia 1994 dan 1998
Selepas ketinggalan 1-2, Brazil terus dihimpit derita apabila terpaksa meneruskan baki perlawanan dengan 10 pemain selepas Felipe Melo dilayangkan kad merah ekoran kekasaran terhadap Arjen Robben.
Brazil boleh menebus kegagalan mendakap gelaran buat kali keenam di Afrika Selatan apabila mereka menganjurkan Piala Dunia 2014 nanti.
Comments
Feel free to leave a comment...
and oh, if you want a pic to show with your comment, go get a gravatar!