Elano terlepas aksi lawan Belanda
July 1, 2010 by admin
ELANO tidak akan beraksi untuk Brazil dalam pertembungan suku akhir menentang Belanda, esok kerana kecederaan pergelangan kaki kanan, menurut doktor pasukan, semalam.
Jose Luis Runco berkata Elano mungkin cergas, minggu depan tetapi tidak menolak kemungkinan pemain perancang itu terlepas aksi bagi edisi kali ini.
“Dia menjalani pemeriksaan intensif yang boleh mengambil masa beberapa hari, minggu atau pun bulan,” katanya.
Runco berkata Elano sedang pulih tetapi pemeriksaan menunjukkan tulang pemain itu retak dan tidak dapat berlatih bersama rakan sepasukan lain sehingga esok.
Elano menjaringkan satu gol pada dua perlawanan pertama Brazil dan kecederaan itu berlaku ketika menentang Ivory Coast dalam saingan Kumpulan G.
Pemain ini kerap menjadi pilihan dalam kesebelasan Dunga sejak 2006 dan sudah beraksi 46 perlawanan untuk pasukan Brazil dengan menyumbang sembilan gol.
Dunga juga mungkin akan berdepan masalah tanpa khidmat pemain tengah, Felipe Melo yang tercedera pergelangan kaki kiri ketika menentang Portugal. Dia tidak beraksi ketika menentang Chile kerana masalah itu.
Comments
Feel free to leave a comment...
and oh, if you want a pic to show with your comment, go get a gravatar!