Brazil tempah pertemuan dengan Belanda
June 29, 2010 by admin
JUARA lima kali, Brazil bakal berdepan lawan sebenar apabila dijadualkan menentang Belanda di peringkat suku akhir selepas mudah melepasi halangan pusingan kedua ke atas Chile awal pagi tadi.
Pertemuan dua pasukan Amerika Selatan itu memihak Brazil 3-0 dengan Juan, Luis Fabiano dan Robinho masing-masing memahat nama selaku penjaring gol pasukan samba. [VIDEO GOL]
Setakat ini Brazil sudah menjaringkan lapan gol dalam empat perlawanan dan bolos dua kali.
Brazil bagaimanapun gagal menghasilkan sebarang gol dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan menentang Portugal, namun ia boleh dijangka selepas lawan memilih untuk bermain secara bertahan.
Secara perbandingan Belanda memenangi semua perlawanan termasuk tiga aksi peringkat kumpulan dan sudah menjaringkan tujuh gol dan bolos dua kali.
Kali terakhir Brazil bertemu Belanda di pentas Piala Dunia ialah pada peringkat separuh akhir kejohanan edisi 1998 di Perancis yang dimenangi juara dunia lima kali itu menerusi penentuan penalti.
Selepas perlawanan masa sebenar terikat 1-1, Brazil menjaringkan semua empat sepakan penalti untuk mengatasi Belanda 4-2 sebelum tumpas 0-3 kepada Perancis pada perlawanan akhir.
Secara kebetulan ia juga adalah perlawanan terakhir buat jurulatih skuad Samba, Dunga menentang Belanda selaku pemain dan kali ini bekas ketua pasukan Brazil itu mahukan kemenangan ke atas pasukan Oren selaku jurulatih pula.
Comments
Feel free to leave a comment...
and oh, if you want a pic to show with your comment, go get a gravatar!