Brazil 3 Ivory Coast 1

June 21, 2010 by  

BRAZIL mara ke pusingan kedua Piala Dunia 2010 selepas menewaskan Ivory Coast 3-1 dalam aksi Kumpulan G yang berlangsung di Stadium Soccer City, Johannesburg, sebentar tadi. [LIHAT VIDEO]

Penyerang kelab Sevilla, Luis Fabiano menjaringkan dua gol buat Brazil masing-masing pada minit ke-25 dan 50 manakala gol ketiga dijaringkan oleh Elano pada minit ke-62 selepas menyudahkan hantaran silang Kaka dari arah sebelah kiri.

Didier Drogba menjaringkan gol tunggal Ivory Coast pada minit ke-79 yang juga jaringan sulung pasukan Afrika itu pada saingan Piala Dunia 2010.

Brazil mengungguli saingan Kumpulan G dengan enam mata meninggalkan Ivory Coast dan Portugal dengan satu mata. Portugal bagaimanapun masih kurang satu perlawanan dan akan berdepan Korea Utara malam ini.

Perlawanan di Stadium Soccer City itu sedikit tercalar dan kontroversi apabila bintang Brazil, Kaka dilayang kad merah selepas mengutip dua kad kuning. [LIHAT VIDEO]

Kaka bakal digantung satu perlawanan dan terlepas perlawanan terakhir kumpulan menentang Portugal, Jumaat ini. Namun dengan Brazil sudah melayakkan diri ke pusingan kalah mati, penggantungan Kaka mungkin tidak memberi kesan kepada perancangan jurulatihnya, Dunga yang memikirkan strategi untuk perlawanan itu nanti.

Kaka akan kembali beraksi pada perlawanan pusingan kedua, di mana lawan Brazil nanti ialah naib juara Kumpulan H.

Comments

Feel free to leave a comment...
and oh, if you want a pic to show with your comment, go get a gravatar!