Belanda mara, Brazil tersingkir
July 3, 2010 by admin
KEJUTAN demi kejutan terus tidak berkesudahan pada kejohanan Piala Dunia 2010 apabila juara lima kali, Brazil menjadi mangsa kejutan terbaru apabila tersingkir pada peringkat suku akhir apabila tewas 1-2 kepada Belanda pada aksi suku akhir di Stadium Nelson Mandela Bay, Port Elizabeth, sebentar tadi. [VIDEO]
Selepas bermula garang pada babak pertama dengan mendahului 1-0 hasil jaringan Robinho seawal minit ke-10, prestasi Brazil merudum di babak kedua apabila membiarkan Belanda menguasai perlawanan seterusnya sebelum bangkit dengan dua jaringan untuk memastikan kemaraan ke peringkat separuh akhir.
Sejurus separuh masa kedua bermula, Belanda terus mengasak dan memperoleh gol penyamaan selepas hantaran lintang Wesley Sneijder ditanduk pemain Brazil, Felipe Melo pada minit ke-53 ke gawang sendiri.
Pada minit ke-68, Belanda berada di hadapan dengan 2-1 apabila sepakan sudut Arjen Robben dihantar ke belakang Dirk Kuyt sebelum Sneijder yang tidak dikawal menanduk masuk.
Comments
Feel free to leave a comment...
and oh, if you want a pic to show with your comment, go get a gravatar!