Belanda bangkit tewaskan Brazil
July 3, 2010 by admin
BELANDA bangkit dari ketinggalan satu gol untuk menewaskan 10 pemain Brazil pada aksi suku akhir pertama Piala Dunia 2010 yang berlangsung di Stadium Nelson Mandela Bay, lewat malam tadi. [VIDEO]
Brazil bermula agak baik apabila Robinho meletakkan juara lima kali itu di hadapan pada minit ke-10, tetapi jaringan sendiri Felipe Melo membolehkan Belanda mengikat kedudukan, lapan minit selepas babak kedua bermula.
Dan, gol kemenangan Belanda hadir menerusi jaringan Wesley Sneijder yang menanduk masuk sepakan sudut Arjen Robben pada minit ke-68.
Satu-satunya kemenangan Belanda ke atas Brazil di pentas Piala Dunia sebelum ini dicatat pada temasya 1974 sebelum mereka tewas pada perlawanan akhir.
Di separuh akhir nanti, Belanda akan berdepan pemenang pertemuan Uruguay-Ghana yang akan beraksi awal pagi ini. [FAKTA & STATISTIK PERLAWANAN]
Kesebelasan Utama Belanda:
1 Maarten Stekelenburg (PG)
2 Gregory van der Wiel
3 Johnny Heitinga
4 Joris Mathijsen
5 Giovanni van Bronckhorst (K)
6 Mark van Bommel
8 Nigel de Jong
11 Arjen Robben
10 Wesley Sneijder
7 Dirk Kuyt
9 Robin van Persie
Kesebelasan Utama Brazil:
1 Julio Cesar
2 Maicon
3 Lucio (K)
4 Juan
6 Michel Bastos
5 Felipe Melo
8 Gilberto Silva
13 Daniel Alves
10 Kaka
11 Robnho
9 Luis Fabiano
kecewa… brazil kalah
Perkembangan terkini….calon juara mungkin Jerman
Brasil sudah pulang kekandangnya dan demikian pula Jerman juga pulang kekandangnya, sekarang masuk kebabak final piala dunia;
BELANDA AKAN BERHADAPAN DENGAN SPANYOL UNTUK MENENTUKAN
SIAPA AKAN MEMBAWA PULANG PIALA DUNIA KE NEGARANYA.
Sudah pasti Belanda akan mengalakan Spanyol.
Dan Belanda akan membawa piala dunia dan kemenangan itu akan direbut olah
Belanda…dan ini ramalan yang sudah dipastikan, Piala Dunia 2010 akan dikuasai
oleh Belanda.