Prebiu: Belanda vs Jepun
June 19, 2010 by admin
BELANDA menghadapi Jepun pada aksi Kumpulan E malam ini dengan impian menggunung. Ini kerana skuad The Oranje itu memburu tiga mata penuh bagi mencerahkan peluang mereka melangkah ke pusingan kedua kempen Piala Dunia 2010.
Biarpun dijangka turun tanpa kelibat Arjen Robben, Belanda dilihat begitu bersemangat untuk menghadapi perlawanan tersebut selepas aksi kurang menyakinkan ketika menewaskan Denmark 2-0 pada aksi pertama Isnin lalu.
“Kami hanya perlu terus berjuang untuk membawa pulang trofi Piala Dunia kali ini. Kami memiliki kualiti mencukupi untuk melakukannya,” kata pemain tengah Belanda, Nigel de Jong penuh yakin.
Robben yang diterbangkan lewat ke Afrika Selatan kini sedang bertarung dengan masa bagi memulihkan kecederaan hamstring yang dialaminya pada aksi pemanas badan menen- tang Hungary pada 5 Jun lalu.
Dalam pada itu, Robben menganggap skuad The Oranje mempunyai peluang terbaik untuk menamatkan badi kegagalan mereka pada kempen Piala Dunia di bumi Afrika Selatan.
Untuk rekod, Belanda hanya berjaya meraih gelaran naib juara sebanyak dua kali pada Piala Dunia 1974 dan 1978 serta menduduki tempat keempat edisi 1998.
“Memang terdapat banyak pasukan hebat pada Piala Dunia kali ini dengan dibarisi pe- main yang berkualiti. Bagaimanapun, kami juga memiliki kumpulan pemain yang baik dan mampu menghasilkan sesuatu pada edisi kali ini,” kata Robben.
Sementara itu, tindakan berani jurulatih Jepun, Takeshi Okada meletakkan bekas bintang Celtic, Shunsuke Nakamura di bangku simpanan membuahkan hasil apabila Keisuke Honda menjaringkan gol tunggal ketika mereka menewaskan Cameroon 1-0 pada Isnin lalu.
“Para pemain kami telah melakukan yang terbaik biarpun berdepan tekanan cukup tinggi pada perlawanan pertama.
“Kami akan melakukan apa saja untuk menaikkan semangat pasukan untuk menang pertemuan dengan Belanda ini,” kata Okada.
Belanda dan Jepun hanya pernah bertemu sekali dengan kemenangan 3-0 diraih Belanda pada satu aksi persahabatan yang berlangsung sembilan bulan lalu.
JURULATIH Jepun, Takeshi Okada tidak takut untuk meletakkan sasaran yang tinggi pada pusingan akhir Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan.
Malah sebelum berlepas ke Afrika Selatan, Okada menegaskan, beliau yakin Jepun mampu melangkah ke peringkat separuh akhir.
Kelmarin, Okada berkata, anak-anak buahnya akan bermain bermati-matian untuk menewaskan pasukan pilihan Kumpulan E, Belanda di Durban malam ini.
Meskipun mengakui mereka bakal berdepan tugas sukar kerana kesemua pemain Belanda dilihat cukup berbahaya, Okada tidak mahu perlawanan itu berakhir dengan keputusan seri.
Sebaliknya Okada berkata, beliau berazam untuk membimbing Jepun mengutip tiga mata penuh pada perlawanan tersebut.
“Kini para pemain saya memiliki motivasi yang tinggi dan mereka tidak sabar untuk bermain,” kata Okada.
Kedua-dua pasukan menghadapi perlawanan malam esok dengan rekod yang cemerlang di mana Jepun menewaskan Cameroon 1-0 dan Belanda menang 2-0 ke atas Denmark pada aksi pertama mereka sebelum ini.
Okada menambah, jika Jepun meletakkan sasaran untuk seri dengan Belanda, ia akan memberi kesan negatif dan menjejaskan moral bari- san pemainnya menjelang aksi terakhir Kumpulan E menentang Denmark.
“Saya mempunyai sikap separuh idealistik dan separuh realistik. Saya akan mengambil banyak perkara untuk dibuat pertimbangan,” katanya.
Menurut Okada, penyerang Belanda, Robin van Persie dan perancang, Wesley Sneijder adalah antara dua pemain yang perlu ‘dirantai’ anak-anak buahnya.
Ini kerana, kedua-dua pemain itu menjadi penyebab kepada kekalahan 0-3 Jepun kepada Belanda pada aksi persahabatan, September lalu.
Comments
Feel free to leave a comment...
and oh, if you want a pic to show with your comment, go get a gravatar!