Belanda 2 Slovakia 1

June 29, 2010 by  

BELANDA mengesahkan tempat ke suku akhir Piala Dunia 2010 selepas menewaskan Slovakiapada aksi pusingan kedua di Stadium Moses Mabhida, Durban sebentar tadi. [LIHAT VIDEO]

Arjen Robben dan Wesley Sneijder menjaringkan gol di setiap separuh masa bagi membantu Belanda mencatat kemenangan 2-1 ke atas pasukan yang mencipta kejutan ke atas juara bertahan, Itali dalam aksi peringkat kumpulan sebelum ini.

Belanda berada di depan pada minit ke-18 apabila Robben mara ke bahagian dalam petak penalti dari bahagian kanan dan menjaringkan gol melalui rembatan rendah pada jarak 20 meter.

Slovakia tidak mudah mengalah dengan terus memberi saingan hebat kepada Belanda dan memperoleh dua peluang terbaik pada minit ke-67 tetapi penjaga gol Belanda, Maarten Stekelenburg bertindak cemerlang menafikannya.

Namun Belanda berjaya mengukuhkan kedudukan pada minit ke-84 menerusi Sneijder yang mudah menyempurnakan hantaran Dirk Kuyt dari sebelah kiri padang.

Ketika perlawanan memasuki masa kecederaan, Slovakia berjaya mendapat gol sagu hati menerusi sepakan penalti Robert Vittek setelah pemain gantian, Martin Jakubko dijatuhkan Stekelenburg.

Robert Vittek kini mengumpul empat jaringan peribadi sepanjang kejohanan dan berkongsi kedudukan penjaring terbanyak Piala Dunia 2010 dengan penyerang Argentina, Gonzalo Higuain. [LIHAT SENARAI PENJARING]

Dengan kemenangan itu, Belanda berjaya meneruskan rekod tanpa kalah mereka sebanyak 23 perlawanan manakala Slovakia gagal dalam usaha mereka melangkah jauh pada penampilan pertama di pentas Piala Dunia.

Di suku akhir Belanda akan bertemu sama ada Brazil atau Chile. [JADUAL PENUH]

Kesebelasan Utama Belanda:

1 Maarten Stekelenburg (PG)
2 Gregory van der Wiel
3 Johnny Heitinga
4 Joris Mathijsen
5 Giovanni van Bronckhorst (K)
8 Nigel de Jong
6 Mark van Bommel
7 Dirk Kuyt
10 Wesley Sneijder
11 Arjen Robben
9 Robin van Persie

Kesebelasan Utama Slovakia:

1 Jan Mucha (PG)
2 Peter Pekarik
3 Martin Skrtel
16 Jan Durica
5 Radoslav Zabavnik
7 Vladimir Weiss
17 Marek Hamsik (K)
19 Juraj Kucka
15 Miroslav Stoch
11 Robert Vittek
18 Erik Jendrisek

Comments

Feel free to leave a comment...
and oh, if you want a pic to show with your comment, go get a gravatar!