Ghana 1 Australia 1

June 20, 2010 by  

AUSTRALIA yang beraksi dengan 10 pemain dalam tempoh lebih sejam permainan berjaya mengikat Ghana 1-1 dalam perlawanan Kumpulan D di Stadium Royal Bafokeng sebentar tadi. [LIHAT VIDEO]

Gol pertama perlawanan dijaringkan penyerang Australia, Brett Holman pada minit ke-11, manakala Asamoah Gyan menyamakan kedudukan untuk Ghana menerusi sepakan penalti pada minit ke-25.

Seminit sebelum itu pemain Australia, Harry Kewell dilayang kad merah oleh pengadil dari Itali, Roberto Rosetti selepas didakwa sengaja menahan bola dengan tangan di atas garisan gol.

Dengan keputusan seri itu Ghana melonjak ke tangga teratas Kumpulan D dengan empat mata selepas menang ke atas Serbia pada perlawanan pertama.

Australia berada di tangga terbawah kumpulan dengan hanya satu mata, namun masih berpeluang ke pusingan kedua andai dapat menewaskan Serbia dalam perlawanan terakhir sambil berharap Ghana mampu menang ke atas Jerman pada satu lagi aksi.

Comments

Feel free to leave a comment...
and oh, if you want a pic to show with your comment, go get a gravatar!