Greece 0 Argentina 2
June 23, 2010 by admin
ARGENTINA mencatat kemenangan kali ketiga berturut-turut dalam saingan Kumpulan B selepas menewaskan Greece 2-0 di Stadium Peter Mokaba, Polokwane sebentar tadi seterusnya layak ke pusingan kedua Piala Dunia 2010. [LIHAT VIDEO]
Pasukan bimbingan Diego Maradona itu berjaya mengekalkan rekod bersih dengan memperoleh jaringan kemenangan melalui Martin Demichelis pada minit ke-77 dan pemain gantian, Martin Palermo seminit sebelum perlawanan masa sebenar tamat.
Kemenangan itu meletakkan Argentina di puncak Kumpulan B dengan mengumpul 9 mata dan bakal diiringi Korea Selatan yang seri dengan Nigeria 2-2 untuk mara ke pusingan kedua.
Di pusingan kedua, Argentina bakal berdepan naib juara Kumpulan A, Mexico pada 28 Jun nanti manakala Korea Selatan berdepan Uruguay pada 26 Jun. [LIHAT JADUAL PENUH PUSINGAN KEDUA]
Comments
Feel free to leave a comment...
and oh, if you want a pic to show with your comment, go get a gravatar!