Argentina, Jerman bertembung di suku akhir
June 28, 2010 by admin
SELEPAS skuadnya menang 3-1 ke atas Mexico awal pagi tadi, jurulatih Argentina, Diego Maradona berkata beliau akan memilih pemain terbaik untuk menjadikan Jerman sebagai mangsa seterusnya di suku akhir nanti.
Dua jaringan daripada bekas pemain Manchester United, Carlos Tevez dan satu oleh Gonzalo Higuain yang juga keempat sepanjang Piala Dunia kali ini sudah cukup memastikan Argentina kini di puncak.
Maradona yakin skuasnya akan mengalahkan Jerman yang melangkah ke suku akhir malam tadi selepas menumbangkan England 4-1 di Cape Town.
“Kami akan mengembleng tenaga untuk menjadikan pasukan yang terbaik dengan bakat pemain yang kami miliki untuk menentang Jerman nanti,” katanya.
“Saya akan memilih pemain yang tepat untuk memastikan kami menumpaskan Jerman. Kami tahu Jerman adalah pasukan yang sukar untuk ditumbangkan. Mereka kuat tetapi kami akan menampilkan pemain yang tepat di padang nanti,” katanya.
Bagaimanapun, perlawanan Argentina dan Mexico mencetuskan gol kontroversi apabila jaringan Tevez pada separuh masa pertama menunjukkan beliau jelas off-side.
Maradona juga menyatakan tidak puas hati dengan corak pengadi apabila bintang penyerangnya, Lionel Messi dikasari lima kali oleh pertahanan Mexivo dengan Rafael Marquez hanya dikenakan kad kuning selepas 28 minit.
GO!!! GO!!! ARGENTINA lakukan yg terbaik dn beraksi habis-habisan tumbangkan Germany nnt…
kalahkan argentina,GO GO GO GErmANy….