Profil Pasukan: Algeria

June 9, 2010 by  

ALGERIA akan mengakhiri kemarau 24 tahun di persada bola sepak dunia apabila bermulanya perlawanan pertama dalam Piala Dunia Afrika Selatan.

Pasukan Les Fennes (musang padang pasir) mungkin pernah memenangi Piala Negara-Negara Afrika selepas kali terakhir muncul di pentas terulung pada Piala Dunia Mexico 1986. Tetapi selepas itu, pasukan berkenaan ‘terkubur’ sementara.

Bagaimanapun, sejak awal abad ini Algeria mula mengorak langkah untuk menjadi antara pasukan disegani di rantau Afrika dan global. Malah barisan pemain sekarang yakin mereka mempunyai gandingan mantap untuk melakukan kejutan di Afrika Selatan.

Algeria terpaksa berjuang sehingga ke peringkat terakhir untuk layak ke Afrika Selatan. Kejayaan mereka menewaskan Mesir - Juara Piala Negara-Negara Afrika tiga kali berturut-turut di Khartoum, Sudan pada 18 November tahun lalu membawa harapan baru kepada peminat bola sepak di Algeria.

Malah pada peringkat kelayakan, mereka melalui pelbagai kesukaran. Dalam pusingan kedua dan ketiga kelayakan, Algeria menang semua perlawanan di tempat sendiri dan satu di tempat lawan. Lima lagi perlawanan di tempat lawan berakhir dengan tiga kekalahan dan dua keputusan seri.

Mereka layak ke pusingan seterusnya hanya dengan kelebihan satu mata daripada Gambia, Senegal dan Liberia. Perbezaan mata sama dengan Mesir dalam pusingan ketiga memaksa perlawanan play-off diadakan di tempat berkecuali iaitu Sudan untuk menentukan siapa di antara mereka akan ke Afrika Selatan. (LAGI INFO/PROFIL/SENARAI PEMAIN PASUKAN ALGERIA)

Comments

Feel free to leave a comment...
and oh, if you want a pic to show with your comment, go get a gravatar!